fb fb fb fb fb

MOTAC sasar lebih 1,000 pelancong tiba pada hari pertama fasa endemik

(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri ditemu bual media selepas Majlis Jalinan Kerjasama Antara Visa Dan Tourism Malaysia)

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Lebih 1,000 pelancong antarabangsa dijangka tiba di negara ini pada hari pertama peralihan Malaysia ke fasa endemik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya sudah membuat persediaan bagi menerima kemasukan pelancong asing yang kebanyakannya adalah dari negara jiran iaitu Singapura yang dijangka akan melalui pelbagai pintu masuk antarabangsa, termasuk jalan udara atau darat.

"Kami teruja untuk (pembukaan semula) esok, kami juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran, saya gembira mendengar bahawa pagi tadi agensi-agensi kami seperti Tourism Malaysia dan kementerian lain juga mengadakan mesyuarat untuk bersiap sedia, jadi bukan sahaja MOTAC, malah kementerian lain juga sedang bersiap sedia untuk menerima pelancong bagi memastikan semuanya baik dengan prosedur operasi standard (SOP) dan juga jika terdapat apa-apa yang perlu diselesaikan di lapangan terbang, semua mereka telah bersedia," kata beliau dalam sidang media selepas Majlis Jalinan Kerjasama Antara Visa Dan Tourism Malaysia, di sini.



(Gambar fail)

Nancy memaklumkan sebelum pandemik COVID-19, negara menerima ketibaan lebih 26.1 juta pelancong yang membelanjakan sejumlah RM86.1 bilion pada tahun 2019.

Tiga kategori perbelanjaan utama itu termasuk beli-belah, penginapan, makanan dan minuman yang merangkumi 61 bilion ringgit daripada jumlah hasil pelancongan bagi tahun tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon.

Visa merupakan peneraju dalam pembayaran digital, menjalin kerjasama jangka panjang dengan Tourism Malaysia.

Usaha tersebut bagi menyokong MOTAC untuk menggalakkan ketibaan pelancong dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan apabila sempadan Malaysia dibuka semula.

Media Baharu