fb fb fb fb fb

Mohd Rosli Ketua Pengarah baharu Maritim Malaysia

Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 September- Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ketujuh berkuatkuasa semalam.

Maritim Malaysia dalam satu kenyatana berkata, beliau kini beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan SistemPengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

"Berpengalaman hampir tiga dekad dalam bidang keselamatan maritim, Mohd Rosli memiliki kepakaran dalam merancang pelaksanaan operasi maritim khususnya dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah dan kontraban serta rompakan di laut.

"Antara kejayaan terbesar di bawah kendalian beliau ialah OPS PELANTAR MERAH yang menghasilkan tangkapan berprofil tinggi sekali gus mengurangkan kadar jenayah di sekitar pelantar minyak di perairan negara," kata kenyataan itu.

Sebelum ini Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Maritim Malaysia termasuk Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatandan Pengawasan Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia dalam kenyataan itu turut berharap agar beliau dapat membawa sinergi baharu dalam memperkasakan peranan agensi berkenaan terutama dalam menguatkuasakan undang-undang serta menyelamatkan nyawa dan harta benda di laut demi kesejahteraan perairan negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI