fb fb fb fb fb

Mohamad, TPM New Zealand adakan pertemuan, tanda perkongsian strategik

Selain meningkatkan hubungan dua hala sedia ada antara kedua dua negara agar lebih kukuh dan stabil.

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters mengadakan pertemuan bersama-sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sebuah hotel di ibu negara.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam secara tertutup itu sebagai tanda perkongsian strategik antara New Zealand-Malaysia.

Selain meningkatkan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara agar lebih kukuh dan stabil.

Lawatan itu akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, keselamatan dan pertahanan.

Peters yang tiba ke ibu negara semalam dalam rangka kerja selama empat hari ke Malaysia juga menjadi lawatan pembuka kepada kunjungan Perdana Menteri New Zealand ke Malaysia, September nanti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM