CAMERON HIGHLANDS, 14 Jun- Kementerian Kewangan (MOF) akan meneliti semua cadangan dan dapatan berkaitan penyasaran subsidi diesel hasil sesi libat urus kementerian itu dengan pengusaha dan pekebun di sini.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata pihaknya akan menyerahkan keseluruhan maklumat yang dikumpul akan diteliti dengan kementerian yang berkaitan untuk diputuskan secara bersama.
Kerajaan sentiasa peka dan mengambil maklum keluhan dan rayuan pekebun sayur di Cameron Highlands yang membangkitkan beberapa perkara penting mengenai penyelarasan diesel.
"Kita ada tetapkan nilai ambang kepada petani yang mempunyia jualan daripada RM50,000 hingga RM300,000 bagi mereka. Ia terlalu rendah jadi mereka mintak naikkan.
"Kebanyakan petani banyak menggunakan mesin-mesin yang melibatkan jana kuasa," katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha/Pekebun Cameron Highlands Mengenai Budi MADANI dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di sini.
Sesi libat urus itu turut melibatkan wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memberikan penerangan jelas kepada petani.
Sementara itu Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands Chai Ee Mong berkata, pihaknya meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan bantuan subsidi diesel BUDI MADANI bagi memastikan inisiatif tersebut dapat dinikmati oleh petani dan pekebun kecil secara menyeluruh.
"Jadi subsidi diesel ini kita nampak dia adalah satu program yang baik tetapi dia tidak menrangkumi semua petani yang terlibat.
"...kerana petani yang mempunyai pendapatan melebihi RM300,000 tidak layak mendapat subsidi berkenaan. Jadi kita nak buat rayuan kepada Kementerian Kewangan supaya menrangkumi semua petani," katanya subsidi diesel yang diperkenalkan kerajaan amat baik namun ada keciciran berlaku khususnya syarat yang diperkenalkan kebanyakannya pekebun tidak layak untuk mendapatkan subsidi terbabit.
Di Cameron Highlands sahaja terdapat 2,200 petani dan mereka perlu bersaing dengan sayur yang diimport dari Thailand dan China berikutan harga yang dijual lebih murah.