fb fb fb fb fb

MOF & KKD jalin kerjasama, bendung penipuan tebus tunai eBelia Rahmah

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 2 Julai- Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menjalin kerjasama dalam usaha membendung penipuan penebusan tunai eBelia Rahmah, yang berlaku baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertemuan dengan KKD akan dibuat pada esok bagi mengadakan perbincangan lanjut berhubung penawaran daripada pihak tidak bertanggungjawab tersebut.
 
Tambahnya, perbincangan itu juga bagi memastikan KKD dapat membuat hebahan di laman sosial dan media arus perdana.
 
Selain itu, ia bagi mengelak lebih ramai belia menjadi mangsa terhadap penipuan itu.
 
"Penebusan tunai kredit eBelia Rahmah adalah tidak dibenarkan.

Kini dinyatakan dengan jelas dalam FAQ yang ada di portal Kementerian Kewangan untuk tidak terpedaya dengan sebarang iklan yang menyediakan perkhidmatan tebus tunai terutamanya di media sosial," kata Ahmad kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Johor di Bangunan JARO, Sungai Chat hari ini.
 
Sementara itu, Ahmad Maslan turut mengulas mengenai penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia yang tidak menerima kredit RM200 bagi insentif itu.

Jelas Ahmad, ia disebabkan mereka telah menerima elaun bulanan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu