(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 12 April- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dijenamakan semula kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri namun mengekalkan akronim yang sama iaitu MITI.
Penjenamaan itu seiring keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet 5 April lalu.
Penjenamaan tesebut bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
Selain memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasa pembangunan industri yang lestari dan mampan.
Keputusan ini juga selaras aspirasi Kerajaan untuk merancakkan aktiviti penggalakan pelaburan, seperti digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional.
Menerusi penjenamaan ini, MITI terus komited menarik pelaburan baharu yang berkualiti dan berimpak tinggi dan memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa.
Pada masa sama memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan.
(FOTO HIASAN)