fb fb fb fb fb

Misi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan MAIPs berjaya

BESUT, 26 Disember- Misi Bantuan Bencana Banjir daripada Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Misi yang disertai 35 sukarelawan itu bermula sejak Khamis lalu di Rantau Panjang diikuti Machang dan Pasir Puteh di Kelantan dan diakhiri di daerah Besut, Terengganu pada Sabtu.

Pengerusi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis, Reswan Ramli ketika ditemui pemberita berkata, "sukarelawan terlibat dalam misi kali ini cukup terharu dan mencabar melihat kesan banjir yang melanda kediaman penduduk serta perlu meredah banjir ke kawasan terjejas."

Misi tersebut dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis dan MAIPs dengan kerjasama Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Husmat Furniture.

Barangan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pantai Timur dibawa menggunakan sebuah lori, enam buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan sebuah van.

Selepas menyampaikan semua sumbangan, misi pasca banjir akan dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu bagi membersihkan kediaman penduduk terjejas banjir.

(Bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pantai Timur)

Media Baharu