fb fb fb fb fb

Mayat ke-31 tragedi Batang Kali diserah kepada waris

SUNGAI BULOH, 26 Disember- Mayat terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah diserahkan kepada ahli keluarganya.

Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun itu dibawa ke lokasi sama yang menempatkan jasad bapanya berusia 43 tahun serta kakaknya (12) yang turut maut dalam insiden tersebut.

Upacara penghormatan terakhir buat Mangsa yang dikenali sebagai Eng Shao Qi itu dijadual akan diadakan hari ini di Nirvana 2, Kuala Lumpur.

Mayat mendiang berada dalam beg tidur ditemukan pada kedalaman 1.5 meter dalam tanah kira- kira 4.53 petang Sabtu hasil kerja pengorekan secara manual oleh anggota penyelamat yang mengesan aliran cecair, dipercayai daripada mayat mangsa.

Dalam kejadian pada 2.42 pagi Jumaat lalu, seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden berkenaan yang meragut 31 nyawa, manakala 61 lagi terselamat.

Daripada jumlah kematian itu, individu dewasa seramai 20 orang dan selebihnya kanak-kanak (11).

(Mayat Eng Shao Qi dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk bedah sisasat)

Media Baharu