fb fb fb fb fb

Inisiatif Kesedaran 'Scam' usaha sedia perbankan selamat

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Public Bank Berhad melaksanakan Inisiatif Kesedaran 'Scam' selama sebulan bagi memperkasa dan mendidik orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.

Kempen berlangsung di Pavilion Bukit Jalil itu sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelanggan dengan persekitaran perbankan yang selamat dan terjamin.

Melalui kenyataan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Tay Ah Lek berkata pihaknya telah menempatkan kakitangan yang terlatih untuk memberi maklumat kepada pelanggan berhubung kes penipuan.

Pihaknya juga telah mengambil langkah dengan menyediakan bantuan 24 jam kepada pelanggan melalui unit pengurusan kes Public Bank.

Selaras dengan Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan industri perbankan yang dilancarkan pada 30 Oktober lalu, bank telah menyediakan bahan digital dan bukan digital bagi meningkatkan kesedaran pelanggan.

Selain itu, pihaknya juga akan memastikan pelanggannya sentiasa berwaspada dan memahami pelbagai modus operandi yang melibatkan penipuan.

(Foto hiasan)

Media Baharu