fb fb fb fb fb

Misi kemanusiaan FFC ke Gaza dijangka memasuki zon kuning esok

Foto RTM

SERI KEMBANGAN, 6 Oktober - Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon kuning esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum hujung minggu.

" Pelayaran ini dijangka memasuki zon kuning dalam tempoh kurang 24 jam dan beberapa hari lagi akan masuk ke zon merah.

Tambahnya, para peserta telah mula merasa risau kerana kisah berkait dengan Global Sumud telah mula beredar keluar terutama berkaitan kekerasan yang dilakukan oleh tentera-tentera Yahudi di Gaza.

Beliau turut meminta doa seluruh rakyat Malaysia agar rombongan tiba dengan selamat dan dapat berkhidmat kepada penduduk di Gaza.

Setakat 2.20 pagi waktu Malaysia, jarak kapal Conscience ke Gaza kurang daripada 250 batu nautika dan pihaknya menganggarkan mereka akan memasuki zon kuning dalam tempoh kurang 24 jam.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN