fb fb fb fb fb

Minggu Solidariti Palestin di sekolah, proses pendidikan kemanusiaan

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 2 November- Minggu Solidariti Palestin yang dilaksanakan di sekolah, merupakan proses pendidikan kemanusiaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan, program tersebut berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan.

"Beri ruang kepada kami Kementerian Pendidikan, untuk melaksanakan tanggungjawab kami dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan ini. Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami, yang sana atau yang sini sama, jangan usik.

"Beri ruang kepada pendidikan ini sebagai satu proses. Fahami ia sebagai satu mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan", katanya.

Setiap aktiviti dilaksanakan mengikut kesesuaian setiap sekolah. Pandangan pelbagai pihak turut diambil dalam menganjurkan program tersebut di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini.

ROSLINA BINTI DIN