fb fb fb fb fb

MetMalaysia nafi hujan lebat luar biasa

Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip/ RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berlaku keadaan cuaca hujan lebat luar biasa sepanjang bulan Oktober hingga Disember depan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip, data analisis model-model cuaca MetMalaysia menunjukkan keadaan cuaca berlaku ketika ini disebabkan peralihan monsun lebih lembap dipengaruhi oleh fenomena El Nino.

"Selain merujuk kepada model-model antarabangsa, kita juga ada satu pusat dipanggil ASEAN Specialised Meteorological Centre.

"Ia bagi membuat unjuran berkenaan dengan cuaca yang akan datang dan laporan dikeluarkan juga tidak menunjukkan sebarang keadaan hujan lebat yang mungkin antara Oktober sehingga Disember," ujar Dr Mohd Hisham.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk lebih peka dengan maklumat cuaca semasa selain perlu mendapatkan maklumat sahih daripada agensi-agensi berkaitan terutama MetMalaysia.

Trainee2