fb fb fb fb fb

KPWKM cari mekanisme terbaik tangani isu gelandangan dan pengemis

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletakkan fokus kepada penstrukturan semula dan perincian mekanisme lebih holistik dalam pengendalian isu gelandangan dan pengemisan bawah Akta Orang-Orang Papa 1977.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan pada bulan Jun 2024, pihaknya telah selesai melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta tersebut.

"Kajian ini juga telah mengenal pasti peruntukan-peruntukan sedia ada bawah Akta Orang-orang Papa 1977 yang tidak relevan dan memerlukan pendekatan baharu yang lebih praktikal dan bersesuaian dalam menangani isu gelandangan dan pengemisan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow mengenai status terkini kajian semula terhadap Akta Orang-orang Papa 1977.

Tambahnya, ia meliputi cadangan kepada Kerajaan mengenai kandungan, pendekatan serta skop rang undang-undang ke arah inisiatif pengendalian isu gelandangan dan pengemisan secara menyeluruh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE