MetMalaysia keluarkan amaran Ribut Tropika NARRA

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang bergerak ke arah timur pada kelajuan 19 kilometer sejam (km/k) pada jarak kira-kira 1,630km Timur Laut Tumpat, Kelantan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kelajuan angin maksimum ribut dicatatkan 65 km/j.
  • Tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia setakat ini.
  • Kedudukan 5 petang: latitud 19.5 Utara, longitud 108.5 Timur; sekitar 47 km dari Utara Basuo, China.
  • Maklumat dikeluarkan dan disiarkan oleh MetMalaysia melalui laporan BERNAMA.

Menurut MetMalaysia, ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j, namun tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia setakat ini.

Jabatan itu memaklumkan kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 19.5 utara dan longitud 108.5 timur, kira-kira 47km dari Utara Basuo, China.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.