PM zahir takziah atas pemergian ‘Bapa MRSM’ Abdul Wahab Alwi

Foto Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Allahyarham Abdul Wahab Alwi yang meninggal dunia pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penghargaan atas jasa Allahyarham Abdul Wahab Alwi, yang dikenali dengan jolokan 'Bapa MRSM'.
  • Sumbangan besar beliau dalam pembangunan pendidikan negara, terutamanya memperluas peluang pendidikan sains kepada anak bangsa.
  • Usaha membangunkan MRSM menjadikan institusi itu membentuk ramai anak Malaysia berilmu, berkemahiran dan berjaya.
  • Didoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat, mengampuni dosa-dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba yang soleh.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menzahirkan penghargaan atas jasa Allahyarham yang dikenali dengan jolokan “Bapa MRSM”, selain mengenang sumbangan besar beliau dalam pembangunan pendidikan negara.

“Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.

“Hasil usaha tersebut, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.