fb fb fb fb fb

Menu Rahmah jadi magnet di bazar Ramadan

(Suasana BRR di Melaka)

MASJID TANAH, 10 April- Penyediaan Menu Rahmah memberi limpahan rezeki kepada peniaga di bazar Ramadan.

Di Melaka, menu rahmah menjadi penarik untuk pengunjung membeli juadah yang disediakan di Bazar Ramadan Rahmah BRR.

"Menu Rahmah ibarat magnet, daya panarik kepada pengunjung di bazar Ramadan. Daripada segi keuntungan, tidak lah terlalu banyak, namun ia menarik orang ramai untuk berbelanja sekali gus menaikkan ekonomi setempat," kata Mohd Hafiz Mohd Azlan, peniaga BRR.

"Ia adalah satu inisiatif yang baik, terpulang kepada peniaga sama ada dia nak jual ikut inisiatif Menu Rahmah atau tidak tapi kami selaraskan semua menu kami bawah RM5," menurut Muhammad Khidir Azuan Mohd Azlan, seorang lagi peniaga BRR.

Seramai 47 peniaga daripada tiga lokasi BBR di Melaka menyambut inisiatif kerajaan secara sukarela bagi menyediakan menu kadar harga rendah.


(Suasana BRR di Melaka)

Media Baharu