fb fb fb fb fb

Mendepani cabaran global, Malaysia akan manfaatkan peranan Kepengerusian ASEAN

Mohamad Hasan/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Kepengerusian ASEAN 2025 dan rakan negara BRICS dalam mendepani cabaran ekonomi global.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ASEAN akan terus mengambil pendekatan kolektif yang bersifat strategik termasuk usaha memperluaskan akses pasaran penting.

Ia bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global termasuk risiko yang timbul daripada dasar perlindungan dan tekanan ekonomi daripada luar.

"ASEAN akan terus mengamalkan dasar berkecuali yang mana perhatian akan diberikan di platform-platform utama ASEAN termasuk di Sidang Kemuncak ASEAN dan juga dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.

"Malaysia akan memanfaatkan kepengerusian kita sebagai Pengerusi ASEAN untuk kita memacu ekonomi, agenda ekonomi ASEAN 2025 dengan kita melalui keberhasilan ekonomi berkeutamaan atau dengan izin Priority Economic Deliverables ke arah pembangunan ekonomi serantau yang lebih mampan dan juga inklusif," katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM