fb fb fb fb fb

Melaka sasar 1 juta pelancong dari Indonesia melalui laluan laut

(Foto fail)

KOTA LAKSAMANA, 5 MEI - Kerajaan negeri Melaka menyasarkan 1 juta pelancong dari Indonesia bakal memasuki negeri itu melalui laluan laut.

Sasaran itu sejajar dengan perjalanan feri yang membawa kira-kira 600 penumpang dari Dumai, Indonesia ke Melaka setiap minggu.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, kemasukan ke Melaka melalui laluan laut mula dibuka hari ini dengan membawa lebih 200 penumpang pada setiap perjalanan pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

Menurutnya, 90% pelancong dari republik itu mengunjungi Melaka bagi tujuan perubatan di hospital pakar sekitar negeri ini.

Sehubungan itu, penekanan akan diberi kepada subsektor pelancongan kesihatan.

Fokus juga akan diberi kepadan subsektor pelancongan lain secara berperingkat.

(Foto fail)

"Difahamkan feri telah ada jadual dalam seminggu ini Melaka ke Dumai pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Dumai ke Melaka pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

"Jadi kita jangka dan kita rencanakan insya-Allah dalam 3 bulan yang mendatang ni kita kalau boleh nak trip feri ni setiap hari, bukan 3 kali seminggu. Tapi pihak feri telah dimaklumkan saya memang dah ada jadual Melaka ke Dumai sebanyak 3 kali seminggu iaitu Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Memang kita memberi penekanan kepada pelancongan kesihatan selepas ni kita akan memberi penekanan dengan keluarga dalam proses era endemik ini," kata Muhamad Jailani ketika ditemui diKompleks Immigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Melaka (ICQS) di sini bagi menyambut ketibaan feri pertama dari Dumai selepas pembukaan semula sempadan negara.

Seramai 175 penumpang tiba dari Dumai, Indonesia dengan menaiki feri Indomal Kingdom.

Media Baharu