fb fb fb fb fb

Bank Rakyat serah sumbangan zakat RM307,364 kepada MAIPs

Foto: Istana Arau

KUALA PERLIS, 10 Mei- Bank Rakyat menyerahkan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM307,364 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Program bersempena Hijrah Minda anjuran MAIPs yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyempurnakan agihan sumbangan MAIPs berjumlah RM210,000 kepada seramai 300 orang penerima daripada kalangan asnaf.

Agihan tersebut melibatkan 75 orang anak kariah dari Sungai Baru, 75 orang dari Sungai Berembang, 75 orang dari Sungai Padang dan 75 orang lagi dari Guar Syed Alwi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM