KUALA LUMPUR, 10 Mei- Industri aeroangkasa mencatat rekod pendapatan tertinggi dalam tempoh sedekad iaitu RM25.1 bilion.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tahun 2024 menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa.
“Tetapi kita juga perlu bersedia menangani cabaran seperti tarif Amerika Syarikat ,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Beliau turut menekankan keperluan industri itu pada Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia.
"Dalam Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia, saya tekankan keperluan untuk terus memperkukuhkan industri aeroangkasa Malaysia di peringkat global", katanya.