fb fb fb fb fb

Melaka berjaya peroleh pelaburan lebih RM3 bilion

(Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh melawat sebuah kilang makanan di Telok Mas)

TELOK MAS, 1 November- Melaka berjaya memperoleh pelaburan lebih RM3 bilion setakat ini.

Pelaburan tertinggi, membabitkan sektor semi konduktor dan elektronik, manakala pelabur terbesar, melibatkan sebuah syarikat dari Jerman.

Exco Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata menerusi pelaburan itu, lebih 150,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan untuk rakyat tempatan.

Beliau berkata kerajaan negeri optimis sasaran pelaburan RM5 bilion masuk ke Melaka tahun ini, mampu dicapai sebelum 2022 berakhir.

Bagi merealisasikan matlamat itu, proses perbincangan bagi beberapa pelaburan baharu sedang giat dilaksanakan.


(Exco Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh)

"Pembesaran beberapa kilang begitu aktif termasuk sebuah kilang dari Amerika yang sedang membawa pelaburan baru sebanyak RM1.4 billion di Batu Berendam.

"Ada juga kilang dari Jerman juga telah membuat penambahan tapak operasinya yang menelan belanja lebih RM2 bilion, jadi melengkapkan sasaran kami di peringkat Kerajaan Negeri membawa pelabur untuk sasaran RM5 billion dapat kita capai", katanya.

Beliau ditemui RTM selepas melawat sebuah kilang makanan di Telok Mas.

Media Baharu