fb fb fb fb fb

Melaka berhasrat bina litar lumba, bangunkan sukan permotoran

EXCO Melaka, VP. Shanmugam / Foto RTM

JASIN, 4 Mac - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk membina litar perlumbaan bagi membangunkan sukan permotoran di negeri itu.

Exco negeri, VP. Shanmugam berkata, langkah itu bagi mencungkil bakat baharu selain merancakkan pelancongan sukan di Melaka.

"Walaupun kita ada litar kecil di Durian Tunggal namun demikian, pihak penganjur suruh saya cadangkan kepada YAB Ketua Menteri agar kita adakan satu litar sendiri.

"Saya difahamkan yang sesuai ataupun selesa dengan kehendak trek ini adalah lebih kurang 200 ekar", kata Shanmugam kepada media ketika ditemui pada saingan pembuka tirai Cub Prix Malaysia 2024 di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD