
SHAH ALAM, 3 April – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza serta Global Sumud Flotillia 2.0.
- Misi anjuran MAPIM untuk membela nasib warga Palestin di Gaza.
- Delegasi berlepas pada 5 April untuk menyampaikan kontena berisi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
- Pihak misi memastikan pelepasan kontena di Kaherah berjalan lancar dan memantau pelepasan delegasi di Barcelona.
- Malaysia menegaskan komitmen menegakkan keadilan bagi warga Palestin yang dikepung dan dizalimi rejim Zionis.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan, misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu bagi membela nasib warga Palestin di Gaza.
“Delegasi kemanusiaan itu akan berlepas pada 5 April bagi menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan.
“Datuk Seri Amirudin turut bertanggungjawab memastikan pelepasan kontena bantuan di Kaherah lancar, selain mengetuai sidang khas di pintu sempadan Rafah bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza juga memantau pelepasan delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol,” menurut kenyatan itu.
Malaysia akan terus menegaskan serta menegakkan keadilan bagi nasib warga Palestin yang masih dikepung dan dizalimi rejim Zionis.