JITRA, 3 Disember-Mayat seorang lelaki dipercayai lemas selepas memukat ikan di sungai dilanda banjir sejak tiga hari lalu ditemukan pihak bomba pagi tadi.
Mangsa, Ismail Hashim, 49 tahun ditemui kira-kira pukul 7.50 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Bustan Karudin, berkata mayat mangsa ditemui sejauh 1.5 kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke unit forensik, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh mengesahkan penemuan mayat mangsa berkenaan.