KUALA LUMPUR, 3 Disember- Tiada pelajar yang akan terlepas daripada menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberi jaminan tiada pelajar yang akan tercicir, dan fasa pertama pemindahan calon pelajar yang terjejas akibat banjir ke tempat selamat telah selesai 100 peratus.
Pihaknya kini sedang melaksanakan fasa kedua, iaitu memberi sokongan emosi kepada setiap calon SPM yang terjejas banjir.
"Jadi persiapan mental mereka (calon SPM), kita bagi persiapan penuh dan tumpuan penuh mempersiapkan mereka untuk peperiksaan.
"Jadi bagi yang tidak dapat menghadiri peperiksaan semalam, mereka boleh menghadiri peperiksaan sama ada hari ini ataupun esok.
"Jadi kelulusan itu dan kita buat sehingga dapat memastikan semua dapat menghadiri peperiksaan," katanya di Laman Sidang Dewan Parlimen di sini.
Tambahnya, setakat ini tiada sebarang isu yang timbul mengenai pelaksanaan peperiksaan SPM tahun ini.