fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan terapung

LUMUT, 7 September- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menemukan satu mayat tanpa identiti terapung di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Rumbia, Lumut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, mayat dijumpai hanya dengan berseluar pendek serta berbaju singlet oleh nelayan tempatan.

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot Maritim Perkasa 1223 telah diatur gerak ke lokasi bagi mengesahkan aduan yang diterima.

Mayat kemudian dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


(Mayat lelaki tanpa identiti yang dijumpai APMM Perak terapung di Pulau Rumbia, Lumut)

Sehingga kini, pihak maritim belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di perairan tersebut.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara diminta untuk segera tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Media Baharu