KEPALA BATAS, 2 Jun- Masjid Al Jamiul Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang menerima sebuah van jenazah baharu daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menggantikan van lama yang sudah berusia 20 tahun.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, ia merupakan komitmen kementerian bagi memastikan dan memudahkan urusan pengurusan jenazah di sekitar masjid berkenaan selain memenuhi tuntutan syariah.
"Alhamdulillah hari ni kita dari Kementerian Sumber Manusia yang diwakili oleh PTPK menyerahkan sebuah van jenazah kepada Masjid Al Jamiul Badawi, Kepala Batas. Ini adalah antara komitmen Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bahawa warga di sekitar masjid ini dapat memudahkan mereka menguruskan jenazah. Ini memberikan komitmen kepada PTPK untuk menunjukkan komitmen bahawa kita adalah syarikat yang patuh syariah," kata Mustapha kepada media di sini.
"Dengan adanya van baharu ni sekurang-kurangnyanya ia dapat melancarkan proses pengurusan jenazah dan sebagainya. Bukan kata van lama tak bagus Tapi disebabkan usia adakalanya rosak dan sebagainya. Katalah ia rosak pada hari yag ada jenazah ia agak menyukarkan. Dengan adanya van yang baharu ia memudahkan urusan kami insya-Allah," kata Pengerusi Khariah Masjid, Datuk Shariful Azhar Othman.
Majlis Penyerahan Zakat Wakalah PTPK ini turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
(Mustapha berkata Masjid Al Jamiul Badawi di Kepala Batas menerima van jenazah baharu)