fb fb fb fb fb

Timbalan Perdana Menteri mulakan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak

KUCHING, 2 Jun- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut dengan “Ngajat Ngalu Temuai”, semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak anjuran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di kediaman rasminya di Kuching malam ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah diiringi Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang yang juga Ahli Parlimen Samarahan. 

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier, Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian. 

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan beberapa menteri kabinet negeri. 

Ahmad Zahid tiba di Kuching pada pukul 6.20 petang tadi untuk lawatan rasmi dua hari ke Sarawak. Beliau dijadual menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 Parlimen Kapit, di Dewan Suarah Kapit esok. 

(Datuk Seri Ahmad Zahid bersama Tan Sri Abang Johari ketika menghadiri rumah terbuka Gawai
Dayak di kediaman Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas/BERNAMA)

Media Baharu