fb fb fb fb fb

Masalah yuran pendaftaran, tiada pelajar B40 akan tercicir,

Datuk Mustapha Sakmud

PUTRAJAYA, 19 September- Tiada pelajar dari golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan tinggi kerana masalah yuran pendaftaran.

Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan termasuk meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima pendaftaran pelajar ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kemasukan pada Oktober depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah itu bagi memudahkan proses pendaftaran khususnya mereka yang menghadapi masalah kewangan dan isu berkenaan boleh diselesaikan kemudian.

"Kita tidak mahu mana-mana golongan terutama B40 ini tercicir daripada akses pendidikan negara kita hanya kerana masalah yuran.

"Jadi apa yang disebut oleh menteri, pihak universiti terima dahulu," katanya pada Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir Madani siri tiga di sini.

Sementara itu bagi pelajar yang memohon pinjaman PTPTN, wang pendahuluan pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 disediakan sebelum mendaftar di IPTA atau politeknik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI