fb fb fb fb fb

Maritim Tanjung Sedili tahan dua kapal pengangkut bersauh tanpa kebenaran

(FOTO MARITIM MALAYSIA)

KOTA TINGGI, 20 Oktober- Dua buah kapal pengangkut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor kerana bersauh tanpa kebenaran di Perairan Johor Timur, petang semalam. 

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kapal pengangkut pertama yang berdaftar dari Liberia itu ditahan pada pukul 1 tengah hari di kedudukan 25.2 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

Manakala kapal pengangkut kedua, ditahan di kedudukan 22.8 batu nautika timur laut Tanjung Balau pada pukul 2.45 petang. 

Kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

Ia merupakan penahanan keenam bagi bulan ini dan menjadikan jumlah keseluruhan 71 buah kapal ditahan sepanjang tahun 2023, atas kesalahan yang sama. 

(FOTO MARITIM MALAYSIA)

Media Baharu