fb fb fb fb fb

MARA peruntuk RM400 juta laksana program keusahawanan

(Datuk Seri Azizah Mohd Dun pada Program Bicara Usahawan di Langkawi)

LANGKAWI, 14 Ogos- Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM400 juta bagi melaksanakan program keusahawanan bagi membantu golongan itu lebih berdaya maju.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata peruntukan itu membabitkan kemudahan pembiayaan, penyediaan latihan dan pembangunan.

Daripada jumlah tersebut, RM328 juta telah dibelanjakan untuk menambah baik ilmu keusahawanan dan kemahiran baharu termasuk Program Pendigitalan Perniagaan (DigitalBiz) merangkumi transformasi, pemasaran,pembuatan dan kit permulaan.

MARA juga katanya turut menjalin kerjasama dengan Shopee Malaysia, seiring usaha memperluas danmemperkasa pemasaran produk usahawan Bumiputera secara dalam talian.

Sementara itu, lebih RM34 juta pula diperuntuk MARA sepanjang 2022 untuk membantu usahawan di seluruh Kedah.

Sehingga kini, MARA Kedah telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM29.9 juta kepada 290 usahawan, termasuk pembiayaan khas usahawan wanita (DANANITA) berjumlah RM1.75 juta membabitkan 40 usahawan wanita.

Bagi program latihan, sebanyak RM625,000 dibelanja membabitkan lebih 5,000 usahawan manakala RM2 juta selebihnya dibelanjakan bagi menguruskan 685 lot ruang niaga di seluruh negeri Kedah.


(Datuk Seri Azizah Mohd Dun menyampaikan ucapan pada Program Bicara Usahawan di Langkawi)

Media Baharu