fb fb fb fb fb

MAQIS nafi guna orang tengah, orang ramai diingat waspada penipuan import eksport

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 September - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menafikan penglibatan pegawainya dalam sebarang aktiviti orang tengah yang menawarkan perkhidmatan menguruskan urusan import dan eksport haiwan peliharaan dengan bayaran tertentu.

MAQIS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan terdapat individu menyamar sebagai pegawai jabatan itu untuk menguruskan dokumen berkaitan dengan meminta sejumlah wang daripada orang ramai.

"Sehubungan itu, MAQIS mengingatkan orang ramai agar berurusan hanya melalui saluran rasmi iaitu ejen berdaftar dengan MAQIS.Setiap pembayaran rasmi perlu dibuat mengikut prosedur ditetapkan dan akan disertakan dengan resit rasmi kerajaan," menurut kenyataan tersebut.

Sebarang keraguan boleh dirujuk terus kepada pejabat MAQIS melalui talian 03-8870 8000 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengesahan.

MAQIS menegaskan pihaknya komited memastikan integriti serta ketelusan perkhidmatan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE