fb fb fb fb fb

Mangsa maut tragedi kepala air di Bidor sudah dikenal pasti

Aslinda Bani tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat adiknya ditemukan

BIDOR, 7 Februari- Wanita maut dalam kejadian kepala air ketika berkelah bersama keluarga di Sungai Kampung Poh, Bidor petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37 tahun.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi.

Beliau berkata tiga lagi anak mangsa berusia 2, 4 dan 7 tahun masih belum ditemui.

Kakak mangsa, Aslinda Bani 38 tahun dan anak lelakinya, 11 tahun serta seorang pengasuh warganegara Indonesia terselamat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Mohd Naim memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.30 petang.

Radius pencarian turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk setempat sekitar tiga kilometer.

Operasi SAR ditangguhkan pukul 7.30 malam tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE