SHAH ALAM, 1 Jun- Khazanah Ilmu Islam dan pengajian Turath perlu memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan, AI terkini.
Hal ini bagi memastikan ilmu yang disebar menerusi platform itu adalah berlandaskan akhlak Islam yang sahih dan tidak dikelirukan oleh pengaruh barat.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu juga bagi memastikan pendigitalan ilmu hari ini, tidak terpisah daripada nilai dan akhlak Islam.
"Khazanah Ilmu Islam dan Turath dalam korpus AI. Jadi, apa yang dilontar dan dimuntahkan oleh robot baru AI ini berdasarkan ilmu yang dimasukkan kepadanya.
"Sebab itu, saya katakan Turath itu ada kaitan kerana ia mesti juga dimasukkan supaya AI yang dimuntahkan, diluahkan dari negara-negara Islam itu tidak terpisah daripada sistem nilai dan akhlak Islam. Itu soal Turath,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan menyempurnakan Festival Turath Islami di Bangunan Auditorium, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melancarkan Terjemahan Kitab Ihya' Ulumuddin (5 Jilid) dan Kitab Hadis 40.
Hadir sama ke Program yang berlangsung selama lapan hari itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Sri Amirudin Shari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.