fb fb fb fb fb

Malaysia, Uzbekistan komited perkukuh kerjasama dalam pelancongan

UZBEKISTAN, 18 Oktober- Malaysia dan Uzbekistan komited mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang pelancongan kedua-dua negara yang lebih dinamik melalui pemeteraian satu Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU ditandatangani Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Ekologi, Perlindungan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Aziz Abdukhakimov yang mewakili kerajaan Uzbekistan.

Lapan bidang utama akan dibangunkan dalam tempoh 10 tahun di bawah peruntukan MoU itu bermula tahun ini sehingga 2033.

Antaranya termasuklah, promosi dan pemasaran kekayaan budaya, peningkatan perhubungan udara Malaysia-Uzbekistan, destinasi pelancongan mesra muslim serta pelancongan perniagaan.

Menurut King Sing, ia bakal menyaksikan pembangunan sosioekonomi yang signifikan bagi masyarakat kedua-dua negara.

"Kami juga berharap dalam masa terdekat ini dapat bekerjasama dalam bidang budaya dan program warisan. Kami juga berharap untuk meningkatkan perhubungan udara, supaya lebih ramai pelancong dari Samarkand, Uzbekistan datang ke Malaysia dan Malaysia datang ke sini. Jadi kami mengusahakan kerjasama dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita di sini.


(Lapan bidang utama akan dibangunkan dalam tempoh masa 10 tahun di bawah
peruntukan MoU itu bermula tahun ini sehingga 2033.)

Media Baharu