PUTRAJAYA, 28 Oktober- Malaysia menawarkan diri untuk pencalonan sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Tambahnya, usaha ini adalah sebagai komitmen negara dalam memimpin perbincangan dalam kalangan negara Asia Pasifik.
Ia selain melobi sokongan dari negara-negara Asia Pasifik bagi memastikan pencalonan itu berjaya.
Perbincangan itu akan memberi tumpuan kepada isu perumahan dan pembangunan bandar yang akan berlangsung pada 14 dan 15 April tahun depan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2024.