fb fb fb fb fb

Malaysia-Singapura, komited perkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Malaysia komited untuk bekerjasama dengan Singapura bagi memperkukuh bidang pendidikan di rantau Asia.

Komitmen itu jelas menzahirkan kepentingan dalam mengendalikan isu yang dihadapi murid pada zaman digitalisasi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dalam pertemuannya bersama Menteri Pendidikan Singapura, Chan Chun Sing, Singapura turut mempelawa Malaysia untuk mengadakan program pertukaran murid di peringkat menengah.

Selain itu, komitmen Malaysia-Singapura menganjurkan acara sukan tahunan, MESCA-MESRC ke-16 pada Mei nanti menunjukkan kerjasama berterusan yang padu antara dua negara.

Pertemuan dua hala itu diadakan pada Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-52 di Manila bermula hari ini hingga 10 Februari.


(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya/BERNAMA)

Media Baharu