fb fb fb fb fb

Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

AYER KEROH, 9 Disember - Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin sejurus kebenaran diberikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pihaknya dimaklumkan, pandangan warga Palestin juga perlu diambil kira sekiranya ingin menempatkan pasukan pengaman dari negara luar ke Palestin.

"Kita hanya menunggu lampu hijau daripada pihak PBB kerana Malaysia memang sentiasa memberikan komitmen kita. Kalau ada keperluan kerana kita tahu bahawa PBB harus juga berbincang dengan warga bukan sahaja Gaza dan Palestin.

"... kerana kita tahu itu bumi milik mereka dan keperluan daripada masyarakat Palestin, pandangan daripada mereka harus diambil kira. Seperti kata Perdana Menteri solusi kepada keamanan di Gaza dan Palestin harus bersifat komprehensif", katanya.

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal ke Empat, Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke 15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambahnya, pasukan pengaman Malaysia bersedia untuk meneruskan misi sekiranya menerima arahan.

Sebelum ini, Malaysia telah menghantar 150 anggota pengaman menerusi MALBATT 850-12 ke Lubnan.

ROSLINA BINTI DIN