GEORGE TOWN, 25 Februari- Malaysia terus menyokong penuh perjanjian gencatan senjata dalam konflik Israel-Palestin dan menyatakan pendirian konsisten dalam isu terbabit.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya berharap tiada sebarang perlanggaran terhadap perjanjian itu.
“Kita menyokong gencatan senjata dan dan berharap semua pihak dengan keputusan gencatan senjata, pada masa sama harap semua dapat menghormati tentang pendirian Malaysia,” katanya kepada pemberita bagi mengulas mengenai pendirian ASEAN berhubung gencatan senjata, yang dicabuli Israel.
Terdahulu, beliau meninjau lokasi Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia di Batu Feringhi, yang akan berlangsung esok.
Mengulas mengenai konflik Rusia-Ukraine, beliau berkata Malaysia sehaluan dengan pendirian ASEAN yang mahukan penyelesaian damai.