fb fb fb fb fb

Malaysia capai kemerdekaan kerana wujud persefahaman antara kaum

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut menjadi tetamu program 'Merdeka Kuartet, Menyantuni Aspirasi Keluarga Malaysia' berkata, Malaysia mencapai kemerdekaan kerana wujud persefahaman antara kaum.

Justeru, setiap generasi muda perlu menghayati sejarah tersebut.

Bagi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, perpaduan yang menjadi budaya masyarakat Malaysia adalah kekuatan negara.


(Foto hiasan)

"Di sebalik kelembapan ekonomi, krisis kesihatan dan isu politik, negara mampu bangkit bagi mengatasi masalah pengangguran.

"Dalam merencana pelbagai program untuk rakyat pula, kerajaan sentiasa memastikan semua lapisan masyarakat dibantu dan tidak ada yang tercicir," kata Wee Ka Siong dalam program bual bicara sebuah stesen swasta malam tadi.

Seorang lagi anggota Merdeka Kuartet, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkongsi semangat perpaduan masyarakat di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik serta suku kaum.

Katanya, komuniti di setiap rumah ibadat saling bantu-membantu antara satu sama lain kerana perbezaan diraikan di Bumi Kenyalang sebagai satu aset.

Media Baharu