Malaysia – Maldives perkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang hal ehwal agama

Foto BERNAMA 

PUTRAJAYA, 11 Jun – Malaysia dan Maldives bakal memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang hal ehwal agama apabila kedua-dua negara kini berada di peringkat akhir memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama merangkumi tadbir urus Islam, pembangunan imam, pembinaan komuniti dan pensijilan halal.
  • Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan hal ehwal agama serta terbuka menerima pengalaman Maldives.
  • Pertemuan rasmi antara Dr. Zulkifli Hasan dan Dr. Mohamed Shaheem Ali Saeed memperkukuh dialog kerjasama agama.
  • Lebih 2,500 pelajar Maldives melanjutkan pengajian di Malaysia, mencerminkan hubungan pendidikan yang erat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata kerjasama yang dirancang merangkumi aspek tadbir urus Islam, pembangunan imam, pembinaan komuniti serta pensijilan halal, sekaligus memperkukuh hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

“Kita ingin memperkukuhkan lagi hubungan ini supaya kedua-dua negara mendapat manfaat bukan sahaja daripada kolaborasi tetapi juga dapat membantu rakyat dengan perkongsian kepakaran dan pengalaman khususnya daripada aspek hal ehwal agama.

“Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai aspek hal ehwal agama, membantu Maldives dan juga kita terbuka untuk turut menerima pengalaman Maldives,” katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Islam dan Wakaf Maldives, Dr. Mohamed Shaheem Ali Saeed di sini.

Dr Zulkifli turut memaklumkan lebih 2,500 pelajar dari negara itu kini melanjutkan pengajian di Malaysia, sekali gus mencerminkan hubungan pendidikan yang erat antara kedua-dua negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.