fb fb fb fb fb

Malaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran, gesa Sweden ambil tindakan segera

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji itu bagi memastikan langkah drastik pada masa depan.

Langkah itu bagi menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)

Melalui kenyataan, Anwar turut menyatakan tindakan provokasi itu bukan sahaja mencetuskan sensitiviti kepada Turkiye, tetapi turut memberi kesan kepada lebih dua bilion umat Islam di dunia ini.

Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang-ulang yang menyasarkan umat Islam di dunia dan segala bentuk hasutan untuk membenci dan menyemarakkan perkauman.

Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa menolak kebencian kaum atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan kebencian serta keganasan.

Media Baharu