fb fb fb fb fb

Malaysia diunjur jadi negara tua menjelang 2048

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Malaysia diunjur menjadi negara tua menjelang tahun 2048.

Menteri Kewangan II yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata tindakan proaktif diambil kerajaan dengan membangunkan rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) 2025-2045.

"NAB merangkumi perancangan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan dalam bidang ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka masa panjang yang menyeluruh," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambahnya, fokus NAB turut diterjemah melalui strategi dan inisiatif khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dalam mempersiapkan Malaysia menuju negara tua.

Dewan turut dimaklumkan, Malaysia telah menjadi negara menua pada 2021 apabila populasi berumur 65 tahun ke atas mencapai kadar 7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM