fb fb fb fb fb

Jamin bekalan kayu, hampir 147,000 hektar ladang hutan dibangunkan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Hampir 147,000 hektar ladang hutan di seluruh negara dibangunkan di bawah Program Perladangan Pokok Perindustrian (ITP) sejak diwujudkan pada 2007.

Objektifnya, bagi menjamin bekalan kayu yang berterusan kepada industri perkayuan negara.

Jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, turut dilaksana, zon pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpan kekal (HSK).

"Setakat hari ini kita telah menanam hampir 147,000 hektar yang melibatkan hampir lebih kurang 88,088 syarikat. Program ini bermula pada tahun 2007.

"Setakat hari ini sudah 18 tahun projek ini dijalankan. Dalam masa yang sama, kerajaan juga ada penubuhan ladang hutan dalam HSK merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan dalam memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

"Penubuhan ladang hutan bukan sahaja sebagai satu usaha untuk mendapatkan bekalan kayu secara berterusan, malah untuk menggantikan kawasan-kawasan yang terosot kepada kawasan yang lebih produktif dengan penanaman pokok tempatan atau eksotik," katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambahnya, sejumlah 259,654 hektar ladang hutan telah dibangunkan dalam kawasan HSK di Semenanjung, setakat 30 Jun 2025.

Daripada jumlah itu, 175,331 hektar dibangunkan menerusi kaedah penanaman semula.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM