fb fb fb fb fb

Malaysia berpotensi jadi hab pembangunan SAF, tarik pelabur asing

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 15 Disember - Malaysia akan memanfaatkan kedudukannya sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia sekali gus menarik pelabur menjadikan negara ini sebagai hab pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kedudukan strategik itu memberikan kelebihan kompetitif, khususnya dari segi akses kepada bahan mentah penting seperti minyak masak terpakai (UCO), efluen kilang sawit serta biojisim sawit lain.

"Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran melalui program pengumpulan minyak masak terpakai (UCO) dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kerajaan juga sedang mengkaji serta memperkenalkan satu mekanisme bagi menjamin kelestarian bahan mentah untuk penghasilan bahan api penerbangan mampan (SAF),"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Tuan Che Alias Hamid berkenaan usaha kerajaan dalam menarik pelabur asing ke Malaysia selain daripada memperkenalkan insentif cukai untuk menggalakkan pelabur menjadikan Malaysia sebagai hab pembinaan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Datuk Seri Johari berkata langkah kedua pula melibatkan usaha memudahkan proses kelulusan lesen berkaitan industri SAF, termasuk lesen pembinaan loji, lesen pengeluaran serta lesen pengeksportan SAF.

Menerusi kerangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, kerajaan menyelaraskan kolaborasi teknikal dan infrastruktur, di samping menjamin kelangsungan rantaian bekalan bahan mentah melalui padanan perniagaan.

Usaha itu,bertujuan mewujudkan ekosistem pelaburan SAF yang kondusif, berdaya saing dan mampan di Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI