fb fb fb fb fb

Malaysia beri sumbangan lebih AS$2 juta, bantu kerajaan Turkiye, Syria

PUTRAJAYA, 9 Februari- Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih AS$2 juta bagi membantu kerajaan Turkiye dan Syria.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bersetuju menyediakan AS$1 juta, manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berkenan menyumbang AS$1 juta lagi, bagi tujuan sama.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan menambah jumlah sumbangan itu sebanyak RM1 juta.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah))

"Saya difahamkan majlis-majlis agama wilayah, juga akan menambah sekurang-kurangnya untuk permulaan RM10 juta.

"Kita harap bantuan daripada rakyat yang simpati akan disalurkan kepada Turkiye dan Syria," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Media Baharu