fb fb fb fb fb

Malaysia, AS tingkatkan hubungan ketenteraan menerusi Keris Strike

KOK LANAS, 21 Julai - Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) dan United States Army Pacific Command (USARPAC) melaksanakan Eksesais Keris Strike Siri 28/2023 bertempat di Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

Eksesais yang berkonsepkan latihan Cross Training Exercise (CTX), Subject Matter Exchange (SMEE) dan Command Post Exercise (CPX) itu berlangsung selama tiga minggu bermula 17 Julai lalu sehingga 4 Ogos depan.

Turun diadakan Field Training Exercise (FTX) melibatkan aturgerak anggota dan aset ketenteraan kedua-dua negara di sekitar Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

(Eksesais Keris Strike Siri 28/2023 berlangsung selama tiga minggu bermula
17 Julai lalu sehingga 4 Ogos depan)

"Pelaksanaan eksesais bilateral ini bertujuan meningkatkan kesiagaan tempur antara TDM dan USARPAC di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara," kata Markas Divisyen Kedua Infantri menerusi kenyataan.

Upacara Pembukaan Eksesais disempurnakan Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mej Jen Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri di Kem Desa Pahlawan, di sini.

Seramai 15 Pegawai dan 1,100 anggota lain-lain pangkat dari TDM dan USARPAC terlibat dalam perbarisan yang turut dihadiri Pegawai Kanan Pertahanan, Atase Pertahanan AS ke Malaysia, Kapten Pasit Somboonpakron.

Media Baharu