fb fb fb fb fb

Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan RTS Link

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura

SINGAPURA, 4 Disember - Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani perjanjian tambahan untuk projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, sekali gus memuktamadkan perbincangan untuk kemudahan imigresen bersama di bawah projek itu.

Perjanjian tambahan itu ditandatangani Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Kanan bagi Kewangan Singapura, Jeffrey Siow.

Malaysia dan Singapura pada Khamis menandatangani Perjanjian Tambahan bagi Laluan Transit Laju (RTS) Johor Bahru–Singapura.

Ia bertujuan memuktamadkan kemudahan imigresen bersepadu bagi projek kereta api rentas sempadan dari Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands North, Singapura.

"Rekomendasi pengangkutan kerana kesesakan dan kekurangan pengangkutan antara dua negara supaya diperbaiki skim taksi rentas sempadan itu yang diperincikan oleh kedua-dua mereka, Menteri Pengangkutan supaya dapat dimudahkan laluan antara Singapura ke Johor dan Johor ke Singapura," katanya.

Perjanjian tersebut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia–Singapura ke-12 di Ritz Carlton Millenia, Singapura, bagi mengurangkan kesesakan kronik di Tambak Johor, dengan tren dijangka beroperasi setiap beberapa minit semasa waktu puncak, membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala.

Selain itu, pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin turut membincangkan penambahbaikan skim teksi rentas sempadan bagi memberi lebih kemudahan kepada pelancong.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN