fb fb fb fb fb

Maklum penganjuran aktiviti berkaitan pilihan raya - Fisol Salleh

ALOR SETAR, 14 Jun- Polis Kedah menasihatkan sebarang penganjuran perhimpunan berkaitan pilihan raya negeri (PRN)  perlu dimaklumkan kepada pihak polis bagi memastikan sebarang aktiviti dijalankan tidak menyalahi undang-undang. 

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, meskipun bahang pilihanraya kian terasa namun kerjasama semua pihak diperlukan bagi memastikan keamanan sentiasa terpelihara.

"Saya menyeru mana-mana pihak sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau apa-apa aktiviti perlu maklumkan kepada pihak polis bagi mengelakkan didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar.

Mengulas mengenai trend konvoi dalam kalangan parti-parti politik bagi menarik penyertaan anak muda, Datuk Fisol berkata, penganjur perlu memastikan semua penunggang terlibat konvoi besar-besaran mematuhi undang-undang termasuk memiliki cukai jalan dan lesen sah.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati supaya tidak melampaui batas terutamanya melibatkan aspek '3R' (agama, raja dan bangsa) dalam usaha memenangi hati rakyat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R sejak Mac lalu bagi menangani isu tersebut.

(Fisol Salleh)

Media Baharu