fb fb fb fb fb

Lawatan Zahid ke Penjara Kajang dapat kebenaran khas

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara Kajang baru-baru ini telah mendapat kebenaran khas oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata lawatan itu bertujuan bertemu bekas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau berkata kebenaran khas itu, diberikan mengikut Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Bagi tujuan itu juga, Ketua Pengarah Penjara memaklumkan kepada beliau mengenai permohonan tersebut.


(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution)

“Saya nak sebut juga dakwaan bahawa dia (Ahmad Zahid) membawa masuk peranti elektronik itu tidak betul. Saya bercakap sendiri dengan Ketua Pengarah Datuk Nordin yang menyebut dia bawa itu tidak betul. Sesiapa pun masuk akan ada pemeriksaan seperti biasa, tidak mengira pangkat.

“Soal masa lawatan, pertemuan itu dengan kehadiran Pegawai Penjara yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan pada ketika itu, 30 minit atau 40 min  ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertugas,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sabtu lepas, Ahmad Zahid memberitahu melawat Datuk Seri Mohd Najib di Penjara Kajang semasa menyampaikan ucapan penggulungan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Media Baharu